The Aqra

Dakwah Cara Mudah

The Aqra bermula daripada satu diskusi santai di antara sahabat yang pada mulanya ingin membetulkan persepsi Islam pasca 9/11. Daripada permulaan tersebut, maka terwujudlah satu idea untuk memberi penerangan kepada sahabat bukan Islam berkenaan Islam dan juga ruang berkongsi pendapat tentang maklumat sebenar berkenaan islam dalam bentuk yang mudah difahami.

Nama “Aqra” diilhamkan dari perkataan Arab “Iqra” iaitu baca. Ini telah menjadi intipati pertama didalam penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Ini merupakan kunci kepada atau seruan wajib kepada orang Islam untuk menuntut ilmu.

Semoga dengan wujudnya portal ini, kita dapat memahami Islam dengan cara yang betul, disamping memupuk rasa toleransi di antara umat beragama yang lain. Dengan adanya laman ini, sedikit sebanyak diharap agar, penerapan Islam itu sebagai “Rahmatan Lil Alamin” dapat tercapai.

%d bloggers like this: