The Aqra

Dakwah Cara Mudah
WAJIB MENGAJAR ANAK ISTERI PERKARA AGAMA

Sebagaimana kita semua dituntut untuk belajar, kita juga juga wajib mengajar anak serta isteri dan setiap orang yang berada di bawah jagaan kita. Sekiranya kita tidak mempunyai kemampuan untuk mengajar, adalah wajib ke atas kita untuk menyuruh mereka keluar belajar dengan para ustaz atau para ulama sehingga mereka mengetahui setiap perkara yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim. Jika kita hanya berlepas tangan ke atas keluarga kita, kita akan dikira berdosa malah mereka juga turut berdosa sekiranya mereka telah mukallaf.


Mukallaf = orang yang telah cukup umur yang wajib melaksanakan perintah Allah


Ilmu agama yang wajib dipelajari setiap Muslim tidaklah terlalu banyak dan inshaAllah jika kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu pasti Allah akan permudahkan urusan kita. Bahkan Allah akan menolong hamba-Nya untuk mempelajari ilmu itu jika niatnya baik dan elok. Selain itu, kita juga akan memperoleh pahala yang besar. Berikut kelebihan bagi mereka yang menuntut ilmu menurut Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah,

“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”

Hadis Riwayat Abu Daud

Sabda Rasulullah lagi,

“Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya untuk penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan apa yang dibuatnya.”

Hadis Riwayat Abu Daud

Sabda Rasulullah lagi,

“Hadir (dalam suatu) majlis ilmu adalah lebih utama daripada sembahyang seribu rakaat, menziarahi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah.”

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Sabda Rasulullah lagi,

“Sesungguhnya Allah menjamin rezeki penuntut ilmu.”

Hadis Riwayat Imam al-Khatib

Rujukan:

  • Nasihat Agama dan Wasiat Iman, Imam Abdullah Alawi al-Haddad
%d bloggers like this: