The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat ialah solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Jumlah rakaat bagi solat Sunat Hajat ialah sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Niat Solat Hajat

niat solat sunat hajat

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat tunai kerana Allah Taala”

 

Cara Mendirikan Solat Hajat Langkah Demi Langkah
Rakaat Pertama

1 Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab (Rujuk Niat Solat Hajat di Atas).


2. Takbiratul ihram. Melafazkannya serentak dengan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat tunai kerana Allah Taala


3. Membaca al-Fatihah. Selesai takbiratul ihram, terus membaca surah al-Fatihah.

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran. Tetapi digalakkan membaca ayat Kursi sebanyak tujuh (7) kali.

ayat kursi

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.


4. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


5. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


6. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


7. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


8. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.


Rakaat Kedua

1. Membaca al-Fatihah.

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya digalakkan membaca surah al-Ikhlas sebanyak sebelas (11) kali.

surah al-ikhlas

Qul Huwallaahu ahad, Allahus-samad, Lam yalid wa lam yuulad, Wa lam yakul lahu kufuan ahad.


2. Ulangi langkah 4, 5, 6, 7 & 8 sama seperti di rakaat pertama. Semasa sujud kedua (terakhir), disunatkan untuk kekal sujud yang lama dan membaca tasbih sebanyak 40 kali kemudian meminta apa yang dihajati. Lafazkan hajat cukup sekadar di dalam hati. Contoh bacaan tasbih ialah seperti berikut;

tasbih

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin

Selesai membaca tasbih dan meminta hajat, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat akhir.

Rasulullah SAW bersabda:

"Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dan Tuhannya
adalah keadaan sujud. Maka perbanyaklah kalian berdoa di dalamnya."
[Hadis Riwayat Imam Muslim]

3. Tahiyat akhir. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat akhir iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,

tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


3. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula.


4. Selesai solat sunat Hajat, duduk dan amat baik jika kita memperbanyakkan berzikir (bertasbih, tahmid, takbir) dan berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah meminta apa jua yang dihajati.

 

%d bloggers like this: