The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Keganasan Rumah Tangga. Apa Perlu Mangsa Lakukan?

Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini ia merupakan masalah sosial. Mencederakan mangsa secara fizikal, meletakkan mangsa dalam ketakutan, memaksa melakukan perbuatan seksual dan mengurung tanpa kerelaan, semua itu merupakan antara kelakuan keganasan dalam rumah tangga. Isu sosial ini boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung.

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian.

Dalam artikel kali ini, The Aqra ingin mengetengahkan sebahagian proses yang perlu dilakukan mangsa sekiranya menghadapi isu ini.


Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
        • Membuat Laporan Polis
        • Meminta Bantuan Women Aid Organisation (WAO)
        • Menghubungi Talian Kasih 15999
        • Merujuk terus ke Hospital berhampiran

Pertama sekali, mangsa harus membuat laporan polis dan melaporkan sendiri keganasan tersebut. Sekiranya ada saksi, boleh minta bantuan saksi tu juga untuk membuat laporan.

Nyatakan kejadian dengan jelas – termasuk tarikh dan masa penderaan.

- Bila: Bilakah ia berlaku?
- Di mana: Di mana ia berlaku – lokasi?
- Apa: Apakah kejadian itu?
- Siapa: Siapa yang terlibat?
- Bagaimana: Bagaimana keadaannya berlaku?
- Kesan: Apakah kesannya kepada anda selepas kejadian (lebam, kecederaan, dll)?

Alternatif lain selain melaporkan kepada pihak polis, mangsa boleh meminta bantuan daripada Women Aid Organisation (WAO). Alternatif ini merupakan antara saluran yang sering digunakan mangsa apabila berasa takut hendak membuat laporan polis. Mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan Interim (IPO). Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Women Aid Organisation (WAO)

Website: wao.org.my
Hotline: +603 7956 3488 (24 jam)
Whatsapp: +6018 988 8058 (24 jam)

Alternatif selain WAO, mangsa juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 sebuah badan kerajaan yang membantu dan menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan. Mangsa boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bila-bilas masa yang mana ia terpakai dalam akta berkaitan keganasan rumah tangga. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Talian Kasih 15999

Facebook: Talian Kasih 15999
Hotline: 15999 (24 jam)
Whatsapp: +6019 26 15999 (24 jam)

Terakhir, boleh merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan.


Proses Penceraian

Untuk info tambahan, sekiranya permasalahan tersebut sudah sampai ke tahap penceraian, tetapi mangsa tidak tahu apa perlu dilakukan, berikut sedikit proses atau situasi yang boleh dijadikan panduan.

Tidak mempunyai wang untuk mengupah peguam

Sekiranya mangsa ingin bercerai tetapi tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengupah seorang peguam, mangsa boleh terus menghubungi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang berhampiran dan aturkan janji temu. JBG akan memberikan nasihat sewajarnya. Untuk makluman, mereka hanya memberikan nasihat melalui janji temu dan bukan melalui talian. Talian hanya untuk mengatur janji temu.

Suami tidak mahu melafazkan talak

Apakah pilihan yang mangsa ada sekiranya suami tidak mahu melafazkan talak? Rujuk poin di bawah;

  • Mohon fasakh di mahkamah
  • Mohon cerai taqliq
  • Tebus talaq
  • Mohon mahkamah lantik hakim untuk proses talaq

Kalau di tinggalkan suami tanpa nafkah lebih dari 3 bulan buat laporan di pejabat agama, bukti akan di gunakan untuk tuntutan nafkah kemudian hari ketika proses penceraian. Hubungi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk janji temu dan mendapatkan konsultasi.

Tuntutan kewangan cerai fasakh

Bagi wanita yang cerai fasakh, berikut contoh tuntukan kewangan yang boleh dibuat. Rujuk poin di bawah;

  • Boleh dapat tuntuan mahar kalau masih berhutang
  • Boleh tuntut nafkah sepanjang diabaikan suami
  • Boleh tuntut harta sepencarian walaupun harta tersebut atas nama bekas suami

Hubungi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk janji temu dan mendapatkan konsultasi.


Rujukan:

  • Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Portal Rasmi Women Aid Organisation (WAO)
  • Portal Rasmi Women’s Centre for Change
%d bloggers like this: