The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara Solat Sunat Tahajud

Solat sunat Tahajud ialah solat sunat yang dikerjakan di waktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail. Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Jumlah rakaat bagi solat sunat Tahajud ialah 2 rakaat.

Qiamullai = Berjaga pada waktu malam untuk beribadat, seperti bersembahyang sunat, berzikir, dan membaca al-Quran.
Niat Solat Tahajud

niat solat sunat tahajjud

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

“Sahaja aku solat tahajud dua rakaat tunai kerana Allah Taala”

 

Cara Mendirikan Solat Tahajud Langkah Demi Langkah
Rakaat Pertama

1 Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab (Rujuk Niat Solat Tahajud di Atas).


2. Takbiratul ihram. Melafazkannya serentak dengan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat tunai kerana Allah Taala


3. Membaca al-Fatihah. Selesai takbiratul ihram, terus membaca surah al-Fatihah.

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran. Contohnya surah al-Kafirun.

solat sunat tahajjud

Qul ya ayyuhal kafirun. La a’abudu maa ta’abudu. Wa laa antum a’abiduna maa a’abud. Wa la ana a’abidun maa a’abadtum. Walaa antum a’aabiduuna maa a’abud. Lakum dinukum waliya diin


4. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


5. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


6. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


7. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


8. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.


Rakaat Kedua

1. Ulangi langkah 3, 4, 5, 6, 7 & 8 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat akhir.


2. Tahiyat akhir. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat akhir iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,

tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


3. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula.


4. Selesai solat sunat Tahajud, duduk dan amat baik jika kita memperbanyakkan berzikir (bertasbih, tahmid, takbir) dan berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah meminta apa jua yang dihajati.

 

%d bloggers like this: