The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara Solat Fardhu Jumaat

Solat Jumaat ialah solat fardhu yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zuhur, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu. Jumlah rakaat bagi solat Jumaat ialah 2 rakaat.

Mukallaf = Orang yang telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam.
Niat Solat Jumaat

niat solat jumaat234

Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala

“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”

Cara Mendirikan Solat Jumaat Langkah Demi Langkah
Rakaat Pertama

1 Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab (Rujuk Niat Solat Jumaat di Atas). Dan tunggu imam lafazkan takbiratul ihram.


2. Sesudah imam lafazkan takbiratul ihram, kita pula melafazkannya serentak dengan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala


3. Membaca Doa Iftitahdoa iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 


4. Membaca al-Fatihah. Selesai membaca doa iftitah, diam dan dengar bacaan al-Fatihah imam terlebih dahulu dan aminkan di penghujung bacaan imam. Setelah itu, kita pula membaca surah al-Fatihah secara perlahan (cukup sekadar dengar di telinga sendiri).

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya dengar sahaja bacaan surah pilihan dari imam. Setelah imam selesai membaca surah pilihan, maka ikutlah segala gerak dan perbuatan imam bermula dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua.

Makmum jangan mendahului imam dari segi perbuatan.

5. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


7. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


8. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


9. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.


Rakaat Kedua

1. Ulangi langkah 4, 5, 6, 7, 8 & 9 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat akhir.


2. Tahiyat akhir. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat akhir iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,

tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


3. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, tunggu sehingga imam selesai memberi salam terlebih dahulu kemudian baru kita pula akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula.


4. Selesai solat fardhu Jumaat, duduk dan amat baik jika kita mengikut imam bertasbih, tahmid, takbir dan berdoa.

 

%d bloggers like this: