The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara Solat Fardhu Maghrib

Solat Maghrib adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Jumlah rakaat bagi solat Maghrib ialah 3 rakaat. Waktu untuk bersolat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Niat Solat Maghrib

niat solat maghrib

Usalli fardhal maghribi salasa raka’atin adaan lillahi ta’ala. 

“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala”

Cara Mendirikan Solat Maghrib Langkah Demi Langkah
Rakaat Pertama

1 Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab (Rujuk Niat Solat Maghrib di Atas)


2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala


3. Membaca Doa Iftitahdoa iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 


4. Membaca al-Fatihah dan surah pilihan. Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran. Contohnya surah al-Ikhlas.

surah-al-ikhlas - Hijabista

Qul Huwallaahu ahad, Allahus-samad, Lam yalid wa lam yuulad, Wa lam yakul lahu kufuan ahad.


5. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


7. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


8. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


9. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.


Rakaat Kedua

1. Ulangi langkah 4, 5, 6, 7, 8 & 9 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat awal.


2. Tahiyat awal. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,

tahiyat awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali (berdiri tegak).


Rakaat Ketiga

1. Berdiri tegak. Membaca al-Fatihah. Tak perlu baca surah pilihan di rakaat ini.

2. Rukuk. Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


3. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


4. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


5. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


6. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk sempurnakan tahiyat akhir.


7. Tahiyat akhir. Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat akhir iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan. Kemudian baca,

tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


8. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula.


9. Selesai solat fardhu Maghrib, duduk dan berdoalah kepada Allah meminta apa jua yang dihajati.

 

Rujukan:
  • Ensiklopedia Solat: A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa
  • Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

 

%d bloggers like this: