The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara Solat Fardhu Subuh

Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Jumlah rakaat bagi solat subuh ialah 2 rakaat. Waktu untuk menunaikan solat subuh pula bermula daripada fajar menyinsing sehinggalah terbit matahari.

Niat Solat Subuh

niat solat subuh

Usolli fardhas-subhi rak’ataini ada’an lillahi taala 

“Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala”

 

Cara Mendirikan Solat Subuh Langkah Demi Langkah
Rakaat Pertama

1 Berdiri tegak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab (Rujuk Niat Solat Subuh di Atas)


2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala


3. Membaca Doa Iftitahdoa iftitah

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 


4. Membaca al-Fatihah dan surah pilihan. Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah.

wirid selepas solat

Alhamdulilahi robbil’alamin. Ar rohmanir-rohim. Maliki-yawmiddin. Iyaka na’budu wa-iyyaka-nast’ain. Ihdinos sirothol mustaqim. Sirothol-lazina an’amta ‘alaihim. Gh’oiril ma’dhubi ‘alaihim walad-dhollin

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran. Contohnya surahal-Kafirun.

solat sunat tahajjud

Qul ya ayyuhal kafirun. La a’abudu maa ta’abudu. Wa laa antum a’abiduna maa a’abud. Wa la ana a’abidun maa a’abadtum. Walaa antum a’aabiduuna maa a’abud. Lakum dinukum waliya diin


5. Rukuk. Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Kemudian membaca,

bacaan rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 


6. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan,

makna-bacaan-ketika-iktidalaa

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh


7. Sujud pertama. Setelah iktidal, kita akan sujud (sambil bertakbir). Kemudian membaca,

bacaan sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih


8. Duduk antara dua sujud. Kemudian membaca,

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni


9. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua


Rakaat Kedua

1. Ulangi langkah 4, 5 & 6 sama seperti di rakaat pertama. Selepas membaca ayat di langkah 6, sebelum sujud disunatkan membaca doa Qunut (berdiri tegak dan mengangkat tangan seperti berdoa)

Doa Qunut

Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.


2. Selesai baca doa Qunut, teruskan sujud. Dan ulangi langkah 7, 8 & 9 sama seperti di rakaat pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir.


3. Duduk tahiyat akhir. Kemudian membaca,

tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


4. Beri salam. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sambil memaling muka ke kanan. Dan memberi salam Assalamualaikum warahmatullah sekali lagi sambil memaling muka ke kiri pula.


5. Selesai solat fardhu Subuh, duduk dan berdoalah kepada Allah meminta apa jua yang dihajati.

 

Rujukan:
  • Ensiklopedia Solat: A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa
  • Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

 

%d bloggers like this: