The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Puasa Syawal, Puasa Hari Putih

Apakah yang dimaksudkan dengan “puasa hari putih” atau ayyamul bidh ini?

Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah. Ia dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.

Dari Abu Dzar, Rasulullah S.A.W bersabda,

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).[Hadis riwayat Tirmizi dan an-Nasa’ie]

Jom rebut dan tambahkan lagi puasa kita dalam bulan Syawal ni.

 

Copy of Doa Ramadan 26 (3)

 

%d bloggers like this: