The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Wanita Menjadi Imam Solat Kepada Lelaki? Dengar Apa Penjelasan Ustaz Ni

Memandangkan terdapat beberapa isu berbangkit berkaitan dengan wanita boleh menjadi imam solat kepada lelaki sejak kebelakangan, kami terpanggil untuk berkongsi penjelasan daripada seorang Ustaz. Moga-moga dengan penjelasan ni, Allah beri kefahaman yang betul kepada kita.

Untuk penjelasan ringkas dan sebagai mukadimah untuk isu kali ni, suka kami senaraikan syarat-syarat menjadi Imam iaitu;

  • Muslim
  • Berakal dan baligh
  • Lelaki
  • Boleh membaca al-Quran (Al Fatihah) dengan baik
  • Sempurna syarat sah solat
  • Faham Ilmu agama dan baik amalannya

Kami kongsikan penjelasan dalam bentuk kronologi supaya kita mudah faham secara berperingkat dan mudah nak ‘track’ semula kalau terlepas apa-apa ‘point’ penting.

Solat 1

1. Isu ini telah lama diangkat oleh aliran liberal dan mereka yang menuntut kesamarataan hak antara lelaki dan wanita.

2. Dan kemuncaknya berlaku pada tahun 2005, apabila tokohnya, Amina Wadud menjadi imam solat jumaat di sebuah gereja di New York, USA.

3. Thread ini menjawab 3 isu kritikal;

  • a – Hukum wanita jadi imam lelaki.
  • b – Penjelasan hadis Ummu Waraqah.
  • c – Dakwaan ia disokong oleh some Imam.

4. First, hukum wanita jadi imam solat bagi lelaki. Ianya tidak dibolehkan. Perkara ini disepakati ulama dalam kalangan sahabat dan selepasnya.

5. Seluruh ulama silam sepakat, wanita tak boleh jadi imam solat bagi lelaki. Disebutkan oleh Ibn Hazm dalam karyanya, Maratib al-Ijma’.

Ad-Dien
6. Ijmak ulama (wanita tak jadi imam lelaki) tak berubah hingga hari ini. Disebutkan dalam kitab moden, Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.
Image
Ad-Dien
7. Imam As-Syafie (wafat 204H/820M) kata dalam kitabnya, al-Umm: Tak sah solat lelaki jika berimamkan wanita. Tak dibenarkan selama-lamanya.
Image
Ad-Dien
8. Tweet no. 5 & 6 kata isu ini ijmak (sepakat) ulama. Ijmak biasa terjadi bila para sahabat Nabi juga tak berbeza pendapat dalam sesuatu masalah.
9. Sahabat Nabi ialah orang yang hidup dengan Nabi. Bila mereka sepakat dalam sesuatu masalah, maka kesepakatan (ijmak) itu menjadi hukum yang solid.
10. Para sahabat Nabi sepakat, tidak ada wanita yang menjadi imam solat jemaah lelaki sepanjang mereka hidup bersama Nabi. Not even once.
11. Pandangan Imam As-Syafie (tweet no.7) dikuatkan oleh Imam an-Nawawi. Wanita tak boleh jadi imam solat lelaki, solat fardhu atau sunat.
Image
Ad-Dien
12. Mari kita lihat apa kata imam dalam Mazhab muktabar yang lain. Kita mulakan dengan mazhab Maliki. Mazhab imam Malik, guru imam Syafie.
13. Mazhab Maliki kata, tak sah solat lelaki berimamkan wanita. Kena ulang balik solat. Disebutkan oleh Imam al-Maziri al-Maliki.
Image
Ad-Dien
14. Pendapat Mazhab Hanafi. Kata Imam Ibn Abidin: Tak sah solat lelaki mengikut imam perempuan even solat jenazah. [Radd al-Mukhtar 1/577]
15. Pendapat Mazhab Hanbali: Tak sah solat bersama imam wanita bagi seorang lelaki sama ada solat fardu atau sunat. [al-Mughni 2/146]
Solat 3
Ad-Dien
17. Hadis ini dijadikan hujah wanita boleh jadi imam lelaki. Riwayat Abu Daud. Part B akan bincang tentang hadis ini secara ringkas dan padat.
Image
Ad-Dien
18. Setakat kajian, hanya 1 hadis ini sahaja yang mengisyaratkan tentang isu ini. Firstly ulama kaji, apakah status hadis ini? Sahih atau tak?
19. Untuk mengetahui status ringkas hadis, kita rujuk kitab² takhrij hadis. Antara rujukan penting, ialah karya Imam Ibn Hajar al-Asqalani.
20. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani salah seorang tokoh terulung dalam ilmu hadis. Beliau menilai hadis ini bermasalah, dhaif (lemah).
Image
Ad-Dien
21. Bagaimana status hadis dikaji? Antaranya dengan menilai sanad sesebuah hadis. Sanad ialah rantaian periwayatan sesebuah hadis.
22. Sanad (chain of narrators) dalam hadis ini:
Abu Daud > Al-Hasan > Muhammad bin Al-Fudhail > Al-Walid > Abdurrahman bin Khallad > Ummu Waraqah > NABI
Image
Ad-Dien
23. Dalam ilmu hadis, semua penyampai hadis (narrators) itu dikaji ketokohannya melalui ilmu tarikh (sejarah) dan tarajim (biografi).
24. Next, kita perlu kaji biografi Abdurrahman bin Khallad dengan rujuk kitab² biografi. Didapati dia seorang yang tak diketahui kredibilitinya.
Image
Ad-Dien
25. Selain Abdurrahman bin Khallad, orang yang meriwayatkan daripadanya iaitu al-Walid bin Jumai’ juga bermasalah ketika meriwayatkan hadis.
Image
Ad-Dien
26. Selain status hadis ini bermasalah, hadis ini juga tidak menunjukkan secara jelas dan pasti yang Ummu Waraqah jadi imam orang lelaki.
Solat 4
Ad-Dien
28. Tapi Abdurrahman kata dia nampak tukang azan, lelaki tua? Jawab: Itu tak menunjukkan secara pasti lelaki tu solat bersama Ummu Waraqah.
29. Kerana boleh jadi lelaki tua itu tolong azan (tanda dah masuk waktu) untuk Ummu Waraqah dan kemudian pergi solat berjemaah di masjid.
30. Kata As-Sa’aati: Hadis tu tak menunjukkan dengan jelas muazin tu solat berimamkan Ummu Waraqah. Dia azan kemudian pergi solat di masjid.
Image
Ad-Dien
31. Sudah 2 jawapan balas terhadap penghujahan hadis Ummu Waraqah itu. Jawapan balas 3, ada hadis lain yang mention tentang makmum Ummu Waraqah.
32. Jawapan balas 3: Hadis lain sebut dengan jelas, Ummu Waraqah sebenarnya jadi imam kepada keluarganya yang wanita sahaja, bukan lelaki.
Image
Ad-Dien
33. Jawapan balas 4: Hadis Ummu Waraqah menyelisihi riwayat lain yang lebih sahih yang sebut tentang kedudukan wanita dalam solat jemaah.
34. Buktinya, ia bercanggah dengan hadis Nabi kata seburuk-buruk saf wanita ialah yang paling depan (sebaris atau lebih depan dari lelaki).
Image
Ad-Dien
35. Jika jadi MAKMUM solat berjemaah pun Nabi kata wanita yang sebaris @ depan daripada lelaki itu seburuk-buruk saf, how come boleh jadi imam?
36. Hadis ini menjadi dalil kuat bahawa wanita perlu solat dibelakang lelaki sekaligus menolak kehujahan hadis Ummu Waraqah jadi imam lelaki.
37. Bukti kedua: Bercanggah dengan hadis riwayat Ibn Majah, wanita tidak boleh menjadi imam buat orang lelaki. Lafaznya jelas.
Image
Ad-Dien
38. Jawapan balas 5: Tidak ada satu riwayat pun daripada Nabi, Sahabat, Tabi’in mahupun tabi’ al-Tabi’in, solat jemaah di belakang imam wanita.
Solat 5
Ad-Dien
40. Ada 3 nama ulama yang dijadikan sandaran dan didakwa membolehkan wanita jadi imam solat lelaki. Imam al-Muzani, Abu Thaur & al-Tabari.
41. Saya katakan: Benar ada disebutkan dalam kitab-kitab fiqh mazhab bahawa DIKATAKAN mereka bertiga membolehkan wanita jadi imam lelaki.
42. Hakikatnya penisbahan 3 imam ini benarkan wanita jadi imam solat lelaki TIDAK TEPAT. Jawapan balasnya seperti berikut: (cont.)
43. Penisbahan kepada Imam al-Tabari tidak disertakan bukti daripada mana-mana karya asal al-Tabari. Maka dakwaan ini tidak boleh diterima.
44. Pandangan Imam Abu Thaur pula merujuk kepada qiyas yang disebutkan oleh Imam al-Muzani. Both of them are student of Imam As-Syafie.
45. Imam Abu Thaur bukan murid utama As-Syafie. Tak ada karya tulis khusus. Maka karya al-Muzani selaku murid kanan As-Syafie perlu dikaji.
46. Karya al-Muzani bertajuk Mukhtasar al-Muzani. Setelah dikaji, didapati al-Muzani tak pernah kata wanita boleh jadi imam solat lelaki !
47. Hakikatnya Imam al-Muzani kata, solat dibelakang wanita itu sah jika seseorang itu TAK TAHU yang imam itu wanita! Ini teks asal al-Muzani.
Image
Ad-Dien
48. Ternyata berlaku salah faham maksud sebenar al-Muzani sekaligus dakwaan 3 imam ini berpendapat sedemikian, sangat lemah dan tertolak.
49. Ada yang mendakwa isu ini khilaf disisi ulama, kita perlu berlapang dada. Saya jawab, bukan semua khilaf itu muktabar dan boleh dipakai.
Solat 6
Ad-Dien
Sumber:

 

%d bloggers like this: