The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Melakukan Ujian SWAB Ketika Berpuasa. Apakah Hukumnya?

Memandangkan negara kita sedang dilanda wabak COVID-19, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apakah hukumnya sekiranya kita melakukan ujian SWAB yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika di bulan puasa. Tambahan pula, ia sangat aktif dijalankan untuk mengesan pesakit-pesakit yang mungkin dijangkiti virus tersebut.

Apa Itu SWAB?

Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx dengan kedalaman lebih kurang 4.8cm bagi kanak-kanak dan 8 hingga 12cm bagi golongan dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala, kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel yang sama.

Hukum Melakukannya?

Menerusi laporan Berita Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan ujian berkenaan juga dibenarkan dan diberi kelonggaran kepada umat Islam yang berpuasa kerana ia melibatkan aspek kesihatan.

Berdasarkan pengalaman saya apabila disyaki dijangkiti COVID-19, ujian swab itu tidak masuk jauh ke dalam rongga hidung. Begitu juga untuk ambil sampel di rongga tekak. Saya tidak pasti dengan prosedur ujian dengan orang lain, tetapi bagi diri saya, ujian swab tidak membatalkan puasa.
Jika ujian itu jauh ke dalam tekak atau kerongkong, barulah boleh jadi batal. Kalau ada orang rasa was-was ujian swab itu membatalkan puasanya, maka dia boleh berbuka. Nanti dia kena ganti puasa itu selepas Ramadan.

Tambahnya, jika seseorang berasakan ujian swab itu membatalkan puasanya, seperti alatan swab menusuk jauh ke dalam rongga hidung, wajib baginya menggantikan puasa berkenaan.

Bagi saya, ujian swab tidak akan membatalkan puasa kerana alat berkenaan tidak sampai jauh ke dalam rongga hidung atau sehingga ke halkum atau kerongkong. Ia berbeza dengan penggunaan ‘inhaler’ kerana ia akan masuk ke dalam rongga perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman juga berpendapat yang sama bahawa ujian swab tidak akan menyebabkan puasa Ramadan seseorang terbatal.

Sumber:

 

%d bloggers like this: