The Aqra

Dakwah Cara Mudah
COVID-19: Tv Al Hijrah Menawarkan Pakej Stimulus IKS Bagi Membantu Usahawan IKS

KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation baru-baru ini telah melancarkan Pakej Stimulus Industri Kecil dan Sederhana (PSIKS-TVAH) bernilai RM7.65 juta dalam bentuk ruang siaran percuma kepada IKS terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, pakej stimulus ini diperkenalkan demi menyahut seruan Perdana Menteri untuk membantu kelompok yang terjejas akibat dari pelaksanaan PKP. Ini sesuatu yang baik kerana ia boleh membantu usahawan yang tergolong dalam kelompok IKS untuk menjana ekonomi mereka. Dikatakan pakej ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kuragnya 300 IKS. Mereka akan diberikan ruang iklan percuma di platfrom TV AlHijrah selama tiga bulan.

Berikut antara kenyataan Namanzee Harris berkaitan pakej stimulus ini;

“Kita tahu impak PKP (COVID-19) kepada IKS. Jika kita tidak bantu, mereka takkan mampu menjana ekonomi kepada semua pihak, termasuk penyiaran. Ia akan ada kesan domino effect.
“Kalau kita tak bantu IKS jana ekonomi, kita akan lihat permasalahan ekonomi lebih besar impak kepada peluang pekerjaan dan ekonomi (secara umumnya).
“Inilah masa untuk kita beri kembali kepada IKS supaya mereka boleh bangun semula,” kata Namanzee ketika mengumumkan inisiatif PSIKS-TVAH dalam siaran program Analisis khas dihoskan Syafinaz Yunus di TV ALHijrah di sini pagi ini.
“Anggaran nilai siaran kempen yang berlangsung sehingga awal Jun 2020 ini berjumlah RM7.65 juta. Ini bermaksud setiap usahawan IKS diberikan slot percuma bernilai RM30,000 setiap seorang,” kata Namanzee.

IMG-20200402-WA0028

Slot yang akan dijadikan ruang untuk pengiklanan percuma ialah Assalamualaikum, sebuah program bicara pagi yang dikeudarakan pada setiap hari, jam 9:20 pagi hingga 10:00 pagi. Setiap hari tiga usahawan IKS akan dipaparkan di dua platform promosi TV AlHijrah iaitu Assalam Biz menerusi Skype dan platform online di Facebook TV AlHijrah.

“Industri terkesan boleh dapatkan airtime secara percuma. Kita akan beri sokongan hebahan di televisyen dan digital untuk bantu,” kata Namanzee mengalu-alukan kerjasama rakan strategik dalam menjayakan pakej stimulus ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan mendapatkan makluman lebih terperinci mengenai pakej stimulus ini, boleh layari laman web AlHijrah. (Rujuk sumber di bawah).

Sumber:

 

%d bloggers like this: