The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Keluar Pejabat Awal, Tapi Masuk Solat Jumaat Lewat?

Penjelasan:

Saidina Ali bin Abi Talib meriwayatkan, “Pada hari Jumaat, syaitan akan pergi ke pasar.” Kenapa pasar? Kerana disebabkan di situ ada ramainya orang.  Maka ditempat-tempat sebegini lah syaitan gemar pergi dan dia akan menaburkan senjatanya. Dia akan mengganggu manusia di pasar. Dengan cara apa? Dengan hasutan “pergi lewat, jangan datang awal”.

Walaupun sekarang terkadang di pejabat pada hari Jumaat, akan diberi pelepasan atau waktu rehat awal supaya boleh menunaikan solat Jumaat di masjid, tapi ramai dalam kalangan kita akan pergi ke kedai terlebih dahulu. Ya mungkin juga kita akan duduk di kedai depan masjid, makan dan minum dulu. Tapi bila sudah selesai makan, malah lagi ditunggu pula azan. Dah tunggu azan pertama, tunggu pula azan kedua.

Bukan kah itu realiti yang kita nampak di beberapa masjid di zaman kita sekarang. Kita datang ke masjid, kita nampak orang duduk di kedai. Sedangkan malaikat ramainya menunggu di setiap pintu masjid. Menunggu untuk mencatit setiap nama si fulan yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Kalau ketika dalam kelas (zaman belajar), kalau datang lewat pun kita sudah berasa takut dan malu, inikan pula ketika nak menghadap Allah. Tanya balik pada diri, apa kita tidak takut dan malu dengan Allah? Al Imam Syafie juga ada berkata (satu teguran), “Kalau dalam Al Quran itu tak turun surah, kecuali satu surah ini sahaja, dah cukup buat seluruh manusia itu tersedar.” Surah apa? Surah Al-‘Asr.

Bismillah
A001

A002
A003

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Apa maksud rugi di situ? Tidak untung di akhirat. Apa keuntungan yang akan kita peroleh di akhirat kelak? Sudah tentu pahala amal yang dilakukan ketika di dunia. Salah satu contohnya, datang awal ke masjid dan masuk awal ke masjid. Demi mendapatkan fadhilat (kelebihan) yang ada di dalamnya seperti iktikaf (Iktikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu)

Tapi malangnya ramai dalam kalangan kita seolah terhijab dari melihat akan banyak dan berharganya pahala jika datang awal ke masjid. Yang kita utamakan, perkara lain di luar selain masjid.

Sumber:

  • Pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza
%d bloggers like this: