The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Ustaz Ini Berkongsi Fakta Mengejutkan (Mind Blowing) Tentang Keajaiban Doa Yang Ramai Tidak Tahu

Kata orang, jangan berputus asa dalam berdoa. Teruskan berdoa secara istiqamah. InsyaAllah doa-doa yang baik yang kita panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa akan didengari dan dimakbulkan-Nya. Seperti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ad-Dien atau Ustaz Ad Dien ini bakal mengubah persepsi kita tentang doa.

Thread ini mungkin akan mengubah persepsi anda tentang doa. Mind blowing facts about your du’a that you don’t realize how powerful it is.

Khususnya bagi mereka yang selalu berdoa dan rasa macam tak makbul je, asyik tak dapat apa yang nak dan jemu doa. You must read this! Doa sebenarnya satu “tools” yang sangat powerful bagi orang Islam. Doa connect us with Allah directly without any intermediator.

1

Perkataan “Silah” means deadly weapon. Persoalannya siapakah yang dibunuh oleh doa? Apa maksud sebenar Nabi? Ini yang ramai orang tak tahu. Jawapannya ialah bala/musibah. Doa ialah musuh utama kepada bala. Both macam satu bala tentera yang berperang setiap waktu non-stop! Peperangan antara doa dan bala ini bermula sejak kita lahir hinggalah mati. Bahkan sampai ke hari Qiamat, mereka saling berperang.

2

Pertempuran antara doa dan bala ada 3 level:

Level 1. Doa lebih kuat daripada bala. Doa itu akan menghalang bala yang sepatut kena pada anda. Contohnya, mungkin dalam sehari tu kita akan dapat macam-macam musibah tapi sebab doa kita dan juga doa orang lain like parents, kita selamat. Tapi kita tak perasan..

Level 2: Bala lebih kuat daripada doa. So kita akan kena musibah tu tapi doa still berfungsi melemahkan sedikit kesan musibah kepada kita. Contohnya, mungkin kita sepatutnya kena sakit kronik tapi disebabkan doa, ia kurangkan musibah tu. Kita dapat demam seminggu. Still kena but lower.

Level 3: Doa dan bala sama-sama kuat. Ada musibah yang kita kena but ada juga yang berjaya dielakkan. Silih berganti setiap masa.

Kita sangka doa kita tak dimakbulkan padahal sebenarnya Allah makbulkan doa tu sesuai dengan kebijaksanaanNya. 3 bentuk doa dimakbulkan;

Pertama: Allah makbulkan doa persis macam yang kita mahu. Dipermudahkan urusan ke arahnya. Cuma masanya tidak tahu bila. Ini biasa kita lihat.

Kedua; Allah tangguh doa tu. Maybe dapat lambat. Maybe tak dapat di dunia tapi Allah simpan untuk akhirat sebab Dia tahu kita disana nanti in trouble! Allah tahu yg kita bakal susah di akhirat. Disimpan kemakbulan doa di dunia utk akhirat. Ini kebijaksanaan Allah yang kita tak nampak.

Ketiga; Doa itu dimakbulkan dengan bentuk lain. Bab inilah yang saya bincangkan dalam thread ni. Kemakbulan doa yang ni paling kita tak sedar. Contohnya, kita doa nak jadi jutawan. Duit banyak. Allah bagi juga harta cuma tak jutawan tapi dia ganti dengan kesihatan, bebas hutang dan lain-lain.

Atau kita doa nak jadi kaya. Kita fikir kaya tu akan buat kita bahagia. Allah tahu yang kita perlukan sebenarnya bahagia tu, bukan harta. So Allah makbulkan doa tadi dengan bagi apa yang kita perlu contohnya dijodohkan dengan orang baik, dapat kerja bagus, masa lapang dan sebagainya.

And mostly doa yang tak makbul tu jadi penyelamat kita dari pelbagai musibah. Kita rasa doa macam sia-sia walhal kita doa tu la yang selamatkan kita.

3

End of thread. Semoga persepsi anda sedikit sebanyak berubah dan moga lebih yakin dalam berdoa. Doa is our sword, keep it sharp always.

Sumber:

%d bloggers like this: