The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Syamail Muhammadiyah | Tanda Kenabian Rasulullah | Hadis 1 & 2

Teks Hadis:

Sa’ib bin Yazid berkata:

“Makcikku mengajak bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, beliau mengambil wuduk (air sembahyang), dan aku meminum air bekas wuduknya (air sembahyang) lalu berdiri di belakang badan beliau. Aku dapat melihat tanda kenabian di antara kedua-dua bahunya. Tanda itu seperti butang yang besar.”

[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]

Keterangan:

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Said, daripada Hatim bin Ismail, al-Jad bin Abdurrahman bersumberkan hadis daripada as-Sa’ib bin Yazid.


Teks Hadis 2:

Jabir bin Sumarah berkata:

“Aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Rasulullah, iaitu benjolan daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

[Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, at-Thabarani dan Tirmizi]

Keterangan:

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Sa’id bin Ya’qub ath-Thalaqani, daripada Ayyub bin Jabir, daripada Simak bin Harb yang bersumber daripada Jabir bin Samurah.

 

%d bloggers like this: