The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Syamail Muhammadiyah | Fizikal Rasulullah | Hadis 2 & 3

Teks Hadis 2:

Anas bin Malik R.A berkata:

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit baginda coklat. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.”

[Hadis Riwayat Tirmizi]

Keterangan:

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Humaid bin Mas’adah al-Basri, yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber daripada Humaid bin Abi Humaid yang melaporkan daripada Anas bin Malik.


Teks Hadis 3:

Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

“Rasulullah S.A.W merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila beliau memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seseorang pun yang lebih tampan daripadanya.”

[Hadis Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud]

Keterangan:

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-‘Abdi, daripada Muhammad bin Ja’far, daripada Syu’bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara’ bin ‘Azib. Al-Bara’ bin ‘Azib adalah sahabat Rasulullah S.A.W.

 

%d bloggers like this: