The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Syamail Muhammadiyah | Fizikal Rasulullah | Hadis 1
Teks Hadis 1:
Anas bin Malik R.A berkata:
 
“Rasulullah S.A.W bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.
 
Baginda diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama 10 tahun dan di Madinah juga selama 10 tahun. Baginda diwafatkan oleh Allah dalam usia 60 tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggut baginda.”
[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
 
Keterangan:
Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa’id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi’ah bin Abu ‘Abdurrahman yang bersumber daripada Anas bin malik.
 
Siapakah Anas Bin Malik:
Beliau adalah Abu Hamzah Anas bin Malik al-Anshari an-Najari al-Khazraji. Beliau berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Beliau adalah sahabat Rasulullah S.A.W di Basrah yang paling akhir meninggal dunia, iaitu pada tahun 93 Hijrah.
%d bloggers like this: