The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Cara-Cara Mengambil Wudhu (Air Sembahyang)

1. Niat Wudhu (Air Sembahyang)

Lafazkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan wudhu.

Lafaz Rumi: “Nawaitu raf’al hadasil asghari Lillahi Ta’ala.”

Maksud“Sahaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah.”

 

2. Membaca Basmalah (Bismillah)

Related image

Setelah niat, kemudian baca basmalah (bismillah).

Image result for basmalah

Dibaca sambil mencuci kedua telapak tangan sebanyak 3 kali sehingga ke celah-celahan jari.

 

3. Berkumur

Image result for wudhu berkumur

Berkumur-kumur sebanyak 3 kali untuk tujuan membersihkan mulut serta gigi dari sisa-sisa makanan.

 

4. Mencuci lubang hidung

Related image

Mencuci lubang hidung sebanyak 3 kali untuk tujuan mengeluarkan kotoran yang ada di dalamnya.

 

5. Mencuci muka

Related image

Mencuci muka 3 kali dan sebaiknya dilakukan bermula dari hujung kepala (kawasan tumbuhnya rambut) hingga ke bawah dagu.

 

6. Mencuci kedua belah tangan sehingga siku

Related image

Mencuci kedua belah tangan sehingga ke siku sebanyak 3 kali. Sebaiknya dilakukan dengan mendahulukan anggota tubuh bahagian kanan.

 

7. Mengusap kepala

Related image

Mengusap kepala dari bahagian depan hingga ke bahagian belakang sebanyak satu kali.  Ini berdasarkan hadis, Ali bin Abi Thalib berkata, “Aku melihat Nabi SAW mengusap kepalanya satu kali.” (HR. Sahih Abu Dawud no.106)

 

8. Membersihkan kedua belah telinga

Related image

Membersihkan kedua belah telinga dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga, kemudian ibu jari mengusapkan kedua daun telinga. Perbuatan ini dilakukan secara serentak antara telinga kanan dan telinga kiri.

 

9. Mencuci kedua belah kaki hingga di atas mata kaki

Related image

Membasuh kedua belah kaki. Kawasan basuhan yang bertepatan dengan sunnah adalah bermula dari hujung jari hingga di atas mata kaki. Dilakukan sebanyak 3 kali dan dimulai dari kaki kanan terlebih dahulu.

Dalam HR Bukhari, dahulukan kaki kanan hingga tiga kali kemudian kaki kiri. Dan saat membasuh kaki, Rasulullah menggosok jari kelingkingnya pada sela-sela jari kaki (HR. Bukhari; Fathul Baari, dan Muslim).

 

10. Membaca doa wudhu

Setelah selesai mengambil wudhu, disunnahkan untuk membaca doa iaitu Doa Selepas Wudhu. Sebaiknya dibaca dengan menghadap kiblat dan mengangkat dua tangan.

doa setelah wudhu

Lafaz Rumi:

“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lahu, wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu. Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku bagian dari hamba-hamba-Mu yang sholeh.”

 

Glosari

  • Wudhu = Air Sembahyang
  • Basmalah = Bismillah

 

%d bloggers like this: