The Aqra

Dakwah Cara Mudah
[Video] Hikmah Aidiladha: Hukum Sembelihan Haiwan

Dalam artikel kali ini, penulis akan bawakan perbincangan mengenai hukum sembelihan haiwan berdasarkan perkongsian daripada Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.

Orang yang paling layak menunaikan ibadah korban ialah sesiapa sahaja asalkan dia seorang yang mempunyai kelebihan antaranya dari segi rezeki, orang Islam yang mukallaf (orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya) dan merdeka.

Afdhal bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah korban untuk melakukannya sekali pada setiap tahun dan menyembelih haiwan itu sendiri.

Banyak lagi perkongsian yang dikongsikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. Jom kita lihat dan dengar video di bawah ni. Moga manfaatnya boleh dikongsi bersama.

%d bloggers like this: