The Aqra

Dakwah Cara Mudah
[Video] Hikmah Aidiladha: Pengertian Ibadah Korban

Dalam artikel kali ini, penulis akan bawakan perbincangan mengenai korban serta hukum yang berkaitan dengannya berdasarkan perkongsian daripada Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.

Dalam Mazhab As-Syafie, hukum berkorban adalah Sunat Muakkad (Sunat yang paling dituntut) bagi setiap individu pada setiap tahun. Adapun sunat ini dituntut apabila seseorang itu mempunya rezeki yang lebih atau pendapatan yang lebih.

Allah memberikan kelebihan kepada orang yang melakukan ibadah korban. Dalam musim korban, kebiasaannya kita akan dapat melihat ada dua golongan iaitu orang yang melakukan korban dan orang yang melakukan sedekah korban. Tahukah kita bahawa pahala bagi orang yang menunaikan ibadah korban adalah lebihi banyak daripada orang yang melakukan sedekah korban. Ini lah kelebihan yang Allah beri kepada orang yang melakukan ibadah korban.

Hikmah Allah mensyariatkan ibadah korban ini adalah kerana:

  • Supaya kita mengingati kembali pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S yang sanggup melaksanakan perintah Allah.
  • Tanda kita bersyukur kepada Allah di atas limpahan rezeki.
  • Kita dapat menjalinkan hubungan yang baik di antara orang yang kaya dan orang yang miskin ataupun sederhana.

Banyak lagi perkongsian yang dinyatakan oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. Selebihnya jom kita lihat dan dengar video di bawah ni. Moga manfaatnya boleh dikongsi bersama.

 

%d bloggers like this: