The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Kisah ini membuatkan Rasulullah tersenyum dan menangis

KISAH YANG MEMBUAT RASULULLAH TERSENYUM DAN MENANGIS.

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW bangun dari tidurnya lalu baginda SAW tersenyum. Perkara itu dilihat oleh Sayyidina Umar lalu ditanya, “Ya Rasulullah SAW, mengapakah engkau tersenyum selepas engkau bangun dari tidur tadi?“.

Jawab Rasulullah SAW, “Aku bermimpi di akhirat ada dua orang, yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu.

Orang yang dizalimi itu berkata, “Wahai Allah, sesungguhnya dia menzalimiku di dunia.” Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah untuk ambil segala pahala, kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada lagi pahala dan kebaikan yang tinggal pada orang zalim itu.

Tidak cukup lagi, diberi pula dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sedikit.

Ketika Rasulullah SAW menceritakan kisah mimpinya itu, lalu Baginda SAW menangis.
Lalu Baginda mengatakan, “Allah berkata kepada orang yang dizalimi, “Wahai fulan, angkat lah kepalamu.” Lalu orang yang dizalimi itu melihat suatu keindahan yang luar biasa, lalu dia bertanya “Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?” Lalu Allah menjawab, “Keindahan ini adalah kepunyaan orang yang mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah” Lalu dia tanya lagi “Apa bayarannya wahai Allah?”.

Berkata Allah, “Bayarannya ialah memaafkan orang lain.” Maka orang yang dizalimi itu mengatakan, “Wahai Allah aku memaafkan orang yang menzalimi aku itu”. Allah berkata pula kepadanya, “Wahai fulan ambil lah tangan orang yang menzalimi kepadamu itu dan pergi masuk ke syurga sana.”

Lalu dibawa tangannya menuju ke syurga. Disebabkan perkara dan mimpi ini lah yang membuatkan Rasulullah SAW tersenyum.

Sumber:

  • Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Darul Murtadza
%d bloggers like this: