The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Disaat Kita Melakukan Sesuatu Untuk Orang Lain, Sebenarnya Kita Sedang Melakukan Untuk Diri Kita Sendiri Juga.

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi. Bukan kerana kita tidak melihat kebenaran ini, tapi kerana kita tidak mempercayainya. Kerana itu banyak orang lebih berbahagia menerima daripada memberi, lebih suka ditolong daripada menolong. Betul bukan?

Αda sebuah kisah menarik:

Seorang buta sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu. Pemandangan ini cukup menghairankan bagi seorang pemuda yang kebetulan melihatnya.

Lalu pemuda itu bertanya, “Mengapa anda berjalan membawa lampu?”

Orang buta itu menjawab, “Sebagai penerangan.”

Dengan hairan pemuda itu bertanya lagi, “Tapi.. bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu penerangan?”

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, “Meski saya tidak dapat melihat, orang lain dapat melihatnya. Selain membuat jalanan menjadi terang, hal  ini juga menghindarkan orang lain untuk tidak melanggar saya.”

Berdasarkan dari kisah ringkas ini, boleh penulis katakan juga simpulkan, INGATLAH..

Disaat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan untuk diri kita sendiri juga. Usahlah merasa jemu dan puas dalam berbuat kebaikan kerana kebaikan akan tetap diingat selama lamanya.

Inilah sebuah rahsia kehidupan untuk hidup. Yang penuh berkat dan bahagia.

Kata ahli hikmah,

“APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK ORANG LAIN, SUATU SAAT PASTI AKAN KEMBALI.”

Kalau mahu berbuat baik, lakukan saja tanpa memikirkan balasan daripada orang. Yang penting Allah SWT menerima amal kita. Kita berbuat baik bukan untuk dianggap sebagai orang baik, dan bukan pula untuk dibalas oleh orang lain, tapi.. cukup bagi kita jika Allah SWT redha.

%d bloggers like this: