The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Banyak Perkara Kita Selalu Terlepas Pandang Atau Salah Faham Bab Rezeki Ni Sebenarnya. Mulai Saat Ni, Jom Ubah Persepsi Kita.

TENTANG REZEKI

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang, ditipu kerana join bisnes itu ini, ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil. Lalu kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan orang lain atau kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. Kadang-kadang kita lupa,

  • Dapat mengerjakan solat adalah rezeki.
  • Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki.
  • Dapat majikan di tempat kerja yang baik pun rezeki.
  • Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki.
  • Dapat masyarakat sekeliling di tempat kerja yang baik pun rezeki.
  • Kerja tak rasa tertekan pun rezeki.
  • Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki.

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki.

Adakalanya juga,

  • Ada orang direzekikan cantik dan tampan, tapi tak direzekikan cinta.
  • Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
  • Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
  • Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
  • Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian lah Allah SWT membahagikan rezekinya dan jangan lah menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi pada Allah.

Sumber:

  • Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, Darul Mujtaba
%d bloggers like this: