The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Keluarlah Daripada Ramadan Kali Ini Dengan Menjadi Orang Yang Pelik Dan Ganjil

Pelik Ke Arah Kebaikan.

“Kalau kita boleh keluar daripada Ramadan ini, Hari Raya dan seterusnya dengan menjadi orang yang ganjil dan pelik maknanya kita dah berjaya. Keluarlah kamu daripada Ramadan ini jadi orang yang ganjil dan pelik ke arah kebaikan. Tapi Jika kamu keluar daripada Ramadan ini namun kamu masih sama sahaja dan tiada perubahan, maka kamu gagal.

Macam mana yang nak dikatakan pelik tu? Sebagai contoh:

“Eh dulu dia suka mengumpat, tapi sekarang dah tak mengumpat kan. Peliklah dia tu.”

Inilah pelik yang bagus dan antara pelik yang berjaya. Satu lagi contoh:

“Eh Peliklah dia, dulu takda pun nak sedekah, sekarang rajin betul sedekah.”

Pelik yang baik ini lah yang kita nak. Sesungguhnya apabila kamu bertambah baik maka kamu akan dipandang pelik di mata orang lain. Tapi kalau kamu terus bermaksiat seperti dulu, orang takkan rasa pelik pun. Jadilah kamu orang yang pelik.

Sabda Rasulullah ﷺ :

“Sesungguhnya Islam itu asing, pelik dan ia akan kembali pelik. Maka beruntunglah mereka yang pelik.”

Apabila kamu berjaya malam yang sebelumnya, adalah untuk kamu hidupkan malam selepasnya. Malam ini kamu berjaya, adalah kerana kamu hidupkan malam esoknya. Setiap malam yang dihidupkan itu adalah untuk menyatakan kejayaan malam semalam. Tapi dibimbangi kalau kamu lalai malam itu (malam raya), bukan setakat gagal malam semalamnya, mungkin gagal seluruh malam kamu. Wal’iyyazubillah. Hidupkan setiap malam kamu khususnya malam istimewa disisi Allah.

Kalau kamu nak lihat bahawa Allah cinta kepada kamu atau tidak, selain hubungan kamu baik dengan Allah, begitu jugalah hubungan kamu baik dengan makhluk-Nya. Itulah tanda Allah cinta kamu sehingga kamu akan buat baik kepada orang lain, dan orang lain akan cinta kepada kamu.

Barangsiapa yang beriman dan beramal soleh, maka akan dijadikan baginya oleh Allah yang Maha Penyayang itu untuk peroleh cinta Allah kepada dia, dan cinta makhluk yang Allah akan bentukkan untuk cinta kepada dia. Tapi dengan syarat dia mestilah beriman dan beramal soleh.

Sumber:

  • Daurah Kitab Ayyuhal Walad. Al Habib Najmudin Bin Othman Al Khered
%d bloggers like this: