The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Ulangi Doa Ini Sebanyak Mungkin Dalam 10 Malam Terakhir Ramadan

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni

Yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai orang yang memohon keampunan, maka ampunilah aku.”

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada isteri baginda Sayyidatina Siti Aisyah Radhiyallahu ‘Anha melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah ﷺ , keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan mempunyai kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa kerana diajarkan sendiri oleh Rasulullah ﷺ kepada isteri tercinta baginda, ummul mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha. Iaitu saat ‘Aisyah bertanya,

“Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?”

Kemudian Baginda ﷺ menjawab,

Ucapkanlah اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku.”

[HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya ]

%d bloggers like this: