The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Jom Lakukan Amal Soleh Ini Untuk Meraih Lailatul Qadar

Dalam tak sedar, kita sudah berada di 10 malam terakhir. Dan umumya, semua mengetahui bahawa terdapat berbagai hadis menggalakkan kita supaya meningkatkan amalan di 10 malam akhir sepertimana yang dilakukan baginda Nabi ﷺ.

Dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha berkata:

“Rasulullah ﷺ beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan”. (HR Bukhari)

Berikut antara amalan soleh yang boleh kita lakukan dalam cuba meraih malam lailatul qadar:

  • Melakukan solat tarawih 8 @ 20 rakaat dan solat sunat witir.
  • Melakukan solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan solat sunat hajat.
  • Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
  • Memohon keampunan Allah untuk diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, teman-teman handal dan seluruh muslimin dan muslimat.
  • Memohon taufiq dan hidayah daripada Allah untuk diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, teman-teman handal dan untuk seluruh muslimin dan juga muslimat.
  • Beramal jariah / bersedekah kepada mereka yang lebih memerlukan di masjid ataupun surau dan lain-lain lagi.
  • Membaca Al-Quran sebanyak mungkin.
  • Membanyakkan beristighfar kepada Allah dan berselawat keatas Rasulullah ﷺ.
  • Membaca surah Al-Kahfi di malam jumaat, semoga kita dijauhi fitnah akhir zaman iaitu fitnah dajal.
  • Memohon kemenangan dan kesejahteraan untuk perjuangan Islam di seluruh dunia.
  • Beriktikaf di masjid yang berdekatan.
  • Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar.

Waktu amalan dikira bermula masuk waktu Maghrib hingga ke waktu subuh.

Jom buru malam Lailatul Qadar. Jangan disia-siakan. Setiap amalan kebaikan pada Malam Lailatul Qadar kerana ianya lebih baik daripada 1000 bulan. Gandakan kebajikan, jauhi kemaksiatan. Semoga kita selamat di dunia dan di akhirat kelak.

%d bloggers like this: