The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Bulan Puasa Ni Kalau Guna Ubat Titis Telinga, Batal Ke Puasa?

Penjelasan:

Salah satu perkara yang boleh membatalkan puasa adalah dengan memasukkan sesuatu ‘ain (benda) sekalipun sedikit ke dalam jauf (rongga) melalui lubang tubuh yang terbuka termasuklah telinga.

Justeru, had telinga yang boleh membatalkan puasa jika sengaja dimasukkan sesuatu ke dalamnya adalah batin telinga, iaitu mukh (مخ) (kesudahan lubang telinga). Sehubungan itu, bahagian cuping telinga dan lubang yang boleh dilihat dari luar tidak termasuk dalam bahagian batin telinga.

Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang mengalami sakit telinga yang tidak mampu ditahannya melainkan perlu dimasukkan ubat. Maka diharuskan baginya untuk menggunakan ubat tersebut dan puasanya tidak batal jika dia pasti bahawa ubat tersebut boleh menyebabkan sakit telinganya itu berkurangan atau hilang, sama ada ia berpandukan kepada pengetahuannya sendiri atau atas nasihat doktor.

Selain itu, dia juga boleh bertaklid kepada pendapat Imam al-Ghazali yang berpendapat bahawa telinga tidak termasuk dalam senarai rongga yang terbuka.

Wallahu a’lam.

Rujukan

  • Bughyah al-Mustarsyidin
  • Sullam al-Sibyan
  • Al-Taqrirat al-Sadidah

Sumber:

  • Koleksi Q&A Al Fadhil Ustaz Alyasak
%d bloggers like this: