The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Jom Fahamkan Maksud Imsak Yang Sebenarnya

Penjelasan:

Ada waktu imsak yang yang disunatkan kita berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh.

Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.

Manakala waktu imsak dalam erti kata puasa itu sendiri ialah wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari, seperti mana firman Allah SWT:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” (Surah al-Baqarah, 2:187)

Dalil:

  • Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/189)

Sumber:

  • Al Kafi (304), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: