The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Perbahasan Mengenai Kahak | Batal Puasa Atau Tak Kalau Tertelan?

Penjelasan:

Kahak adalah lendir yang datang dari perut atau dari otak (kepala). Para Ulama’ ada beberapa pandangan ;

1) Pandangan di sisi Mazhab/Ulama’ Syafie ada beberapa penjelasan;

  • Jikalau kahak itu di sedut dari perut lalu dia meludahkannya maka perbuatan itu tidak membatalkan puasa disisi Qaul yang sah, kerana hal ini sentiasa diperlukan berulang-ulang kali dalam seharian.
  • Ada pandangan lain mengatakan batal seperti mereka yang sengaja memuntahkan apa yang ada di dalam perut.
  • Kalau kahak ini naik dengan sendirinya atau dengan sebab batuk dan dia meludahkannya maka tidak batal tanpa khilaf.
  • Bila kahak sudah mula berada di kawasan mulut (Makhraj Kha’), wajib memutuskannya dari halkum dan meludahkannya. Sekiranya dia tidak memutuskan kahak tersebut sedangkan dia mampu hingga menyebabkan kahak itu masuk ke dalam kerongkong maka batal puasanya kerana kecuaiannya sendiri.

2) Pandangan di sisi Mazhab/Ulama’ Hanbali pula ada beberapa penjelasan;

  • Haram ke atas orang yang puasa menelan kahak apabila dia berada di kawasan mulut, dan batal puasanya bila dia menelannya, samada kahak itu dari kerongkongnya atau dadanya. Selepas dia sudah berada di kawasan mulut dan kerana dia bukan datang dari mulut, maka diserupakan dia seperti muntah dan dia termasuk perkara yang boleh dijaga dan dihindari.

3) Pandangan di sisi Mazhab/Ulama Abu Hanifah dan juga Muktamad di sisi Mazhab/Ulama Maliki;

  • Kahak yang datang dari kepala (atas) atau yang naik dari dalam perut dengan sebab batuk atau berdehem (selama mana tidak keji kahak itu), ia tidak membatalkan puasa langsung.
  • Telah menasihatkan oleh Imam Malik mengatakan Balgham (yang datang dari perut) tidak membatalkan puasa langsung walau sampai kepada hujung lidah sekali pun, kerana sukar untuk menjaganya bersalahan dengan Imam Khalil mengatakan batal.
  • Ada riwayat dari dari Imam Ahmad mengatakan menelan kahak tidak membatalkan kerana dia adalah perkara biasa yang ada dalam mulut atau tubuh bukan sesuatu yang asing datang dari luar maka diserupakan dia dengan air liur.

Pandangan ini lebih sesuai kepada mereka yg mengalami masaalah paru-paru berkahak dan batuk berkahak, kerana amat sukar untuk sesorang itu membuang kahaknya itu setiap kali terbatuk atau berdehem, apatah lagi kalau dia berada di kawasan awam.

Maka pandangan ketiga ini adalah sebagai satu rahmat kepada golongan yang berkenaan.

Sumber:

  • Bicara Fiqh Puasa, Al Fadhil Ustaz (Baba) Long Idris

%d bloggers like this: