The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Doa Berbuka Puasa. Patut Dibaca Sebelum Atau Selepas Berbuka?

Penjelasan:

Menurut Imam al-Zarkasyi dalam kitab Khadim al-Rafi’i wa al-Rawdhah, telah dinaskan oleh Imam Syafi’i dalam Mukhtasar Harmalah, bahawa sunat berdoa ketika berbuka puasa.

Walau bagaimanapun, Imam Syafi’i tidak menerangkan sama ada doa tersebut sunat dibaca sebelum berbuka puasa atau selepasnya. Namun, zahir ungkapan beliau tersebut lebih menunjukkan sunat dibaca sebelum berbuka puasa.

Bahkan, berdasarkan lafaz doa:

وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Ungkapan ini harus juga dimaksudkan dengan berbuka secara hukum, iaitu ketika masuk waktu berbuka. Justeru, berdasarkan pandangan ini, ungkapan tersebut boleh dimaksudkan dengan makna:

“…dengan rezeki Engkau aku ingin berbuka/telah masuk waktu berbuka.”

Namun, ia menafikan makna zahir bagi ungkapan doa:

وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

“…dengan rezeki Engkau aku telah berbuka.”

Oleh itu, mengikut pendapat yang lebih jelas, doa berbuka sunat dibaca selepas berbuka puasa. Inilah pendapat yang telah dipegang oleh ulama mutakhir Mazhab Syafi’i seperti Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari, Syeikh Ibn Hajar, Syeikh al-Ramli, Syeikh al-Khatib al-Syirbini dan ulama selepas mereka.

Sungguhpun demikian, tidak jauh tersasar kalau dikatakan bahawa hasil juga asal sunat doa berbuka jika doa tersebut dibaca sebelum berbuka puasa.

Wallahu a’lam.

Sumber:

  • Al Fadhil Ustaz Alyasak
%d bloggers like this: