The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Sah Ke Tak Niat Puasa Aku Ni? Jom Baca Dan Ulangkaji Sikit

Penjelasan:

Niat Puasa adalah hal yang terpenting dalam Mazhab di negara kita iaitu As-Syafie. Maka niat puasa dalam Mazhab Syafie adalah wajib berniat dari bermula tenggelam matahari sehingga terbit fajar subuh. Contoh niat,

”Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Sekiranya kita tidak lakukan seperti yang digariskan dalam Mazhab Syafie, maka kita wajib Imsak (Puasa Juga) dan wajb Qada (gantikan) puasa tersebut.

Dalam masa yang sama, sebagai langkah berjaga-jaga ataupun ‘backup’ sekiranya berlaku kecemasan (terlupa niat), para ulama as-Syafie ada menyarankan untuk kita mengambil juga pandangan dari Mazhab lain.

1- Mazhab Imam Malik R.A:

Boleh niat untuk sebulan terus bermula dari malam pertama puasa. Sebagai contoh kita niat,

“Sahaja aku puasa 30 hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Bagi perempuan, sekiranya haid (datang bulan) pada malam pertama, dibolehkan niat untuk baki hari yang tinggal. Sebagai contoh,

“Sahaja aku puasa 24 hari puasa yang berbaki untuk Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

2- Mazhab Imam Abu Hanifah:

Boleh lagi berniat di awal siang sekiranya kita terlupa niat di waktu malam.

Kedua-dua pandangan ini boleh diamalkan dengan syarat diniatkan Taqlid (ikut) bagi pandangan-pandangan tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, masih digalakkan agar kita ikut dan amal  pandangan Mazhab as-Syafie semampu yang boleh iaitu niat setiap malam.

Sumber:

  • Ustaz Idris (Baba Long Idris)
%d bloggers like this: