The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Solat Tapi Pejam Mata. Sah atau Tidak Solat Tersebut? Jom Baca Penjelasan Ustaz Ini.

Persoalan:

Apakah hukum jika Solat sambil pejamkan mata?

Penjelasan:

Terdapat beberapa perincian hukum berkaitan solat sambil memejamkan mata sepertimana berikut;

1) Harus

Menurut Imam al-Nawawi, hukum asal memejamkan mata ketika solat adalah harus dan tidak makruh selagimana tidak dikhuatiri ada mudarat. Walau bagaimanapun, menurut Syeikh al-Syabramallisi pula, hukumnya adalah khilaful awla (meninggalkan perkara yang jika ia dilakukan adalah lebih baik).

2) Wajib

Wajib memejamkan mata ketika solat jika ada sesuatu yang haram dilihat di tempat solat seperti ada seseorang yang tidak menutup aurat dalam saf.

3) Sunat

Sunat memejamkan mata ketika solat di tempat yang ada gambar, ukiran atau seumpamanya jika ia boleh menganggu tumpuan orang yang solat.

4) Makruh

Makruh memejamkan mata ketika solat jika dikhuatiri ada sesuatu mudarat atau membahayakan seperti solat di tempat yang banyak ular atau binatang yang membahayakan.

5) Haram

Haram memejamkan mata ketika solat apabila dizankan (berat sangkaan) akan berlaku mudarat jika dipejamkan mata.

Wallahu a’lam.

Sumber:

  • Al Fadhil Ustaz Alyasak
  • Raudhah al-Talibin
  • Tuhfah al-Muhtaj
  • Nihayah al-Muhtaj
  • Mughni al-Muhtaj
  • Hasyiah al-Syabramallisi
  • Hasyiah I’anah al-Talibin
  • Hasyiah al-Syarwani
%d bloggers like this: