The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Salam Nisfu Sya’ban 1440H

Penjelasan:

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya’ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah merahmati hamba-hamba-Nya pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan, maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala, Aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” [Hadis Riwayat Ibn Majah]

Saidatina Aisyah RA juga pernah bercerita pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia sempat curiga, lalu bergegas mencarinya. Aisyah menemukan Rasulullah di Baqi’, yakni kubur para sahabat dan para pejuang (syuhada).

Di tempat itu Nabi sedang menengadahkan wajahnya ke langit dengan mata sendu. Kepada isteri tercintanya (Aisyah), Nabi berkata:

Sesungguhnya Allah yang Maha Agung turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) hamba-Nya yang jauh lebih banyak dari jumlah bulu domba Bani Kalb”.

Adapun kisah Aisyah ini direkodkan dalam beberapa kitab hadis, seperti Sunan at-Tirmidzi, Musnad Ahmad dan Sunan Ibnu Majah.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah dari Hadith di atas ni, sebesar manapun dosa kita terhadap Allah, berdoa memohon keampunan daripada Allah. Mahupun ketika diuji dengan berbagai ujian, berdoa lah semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapinya dan juga diberi jalan keluar dari apa jua masalah. Sesungguhnya Allah suka kepada hamba-Nya yang kerap meminta pada-Nya.

%d bloggers like this: