The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Jangan Bersedih, Masih Ada Harapan Buat Kita Pendosa

Penjelasan:

Para ulama menjelaskan, bertaubat daripada dosa adalah satu kewajipan. Sekiranyan dosa dilakukan itu berkaitan dengan hak Allah, bukan dengan hak manusia, maka taubatnya ada tiga (3) syarat:

  1. Perlu berhenti daripada terus melakukan dosa itu
  2. Perlu menyesal kerana melakukan dosa itu.
  3. Perlu bertekad tidak mengulangi dosa yang sama pada masa akan datang.

Anas bin Malik menceritakan,

“Nabi Muhammad menjelaskan, ‘Percayalah, Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya dibandingkan dengan kegembiraan seorang daripada saudara-saudara yang bertemu semula dengan untanya, selepas dia disesatkan oleh Allah di gurun yang luas’.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sebesar mana pun penderhakaan kita terhadap Allah, tetap yang tinggal pastinya HARAPAN. DIA yang menawarkan harapan, cuma manusia yang perlu mencari. Moga-moga Allah ampunkan dan terima taubat kita.

Sumber:

  • Kitab Terjemahan Riyadus Solihin (tulisan Imam Nawawi)
%d bloggers like this: