Rasulullah SAW Memotong Kuku Dan Misai/Kumis Sebelum Keluar Menuju Solat Jumaat

Penjelasan:
Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW memotong kuku-kuku Baginda yang mulia dan memotong misai/kumis Baginda yang mulia pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar menuju solat Jumaat.” [Hadis Riwayat al-Tabarani]
Sumber:
- Al-Tabarani, al-Mu’jam al-Awsat