The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Mandi Wajib Selepas Solat Subuh Semasa Bulan Puasa

Penjelasan:

Melewat-lewatkan mandi janabah selepas “bersama” pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu. Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar.

Dalil:

Disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.” [Hadis Muttafaqun ‘alaih]

Sumber:

  • Al Kafi (305), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: