The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Mandi Ketika Berpuasa

Penjelasan:

Dalam persoalan ini, diharuskan mandi untuk menyejukkan badan semasa berpuasa.

Dalil:

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Bakar bin Abdurrahman RA:

حدثني مَنْ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَوْمِ صائف يصب على رأسه الماء من شدة الحر والعطش وهو صائم

Maksudnya: “Telah menceritakan kepadaku seseorang yang pernah melihat Nabi SAW pada hari Saif menyiram air ke atas kepada Baginda kerana sangat panas dan dahaga sedangkan dia berpuasa.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Malik dalam Muwatta’, Ahmad bin Hanbal dalam Musnafnya, Abu Daud, Al-Nasaie dalam Sunan masing-masing, al-Hakim dalam Mustadrak ‘ala al-Sahihain, al-Baihaqi dan selain mereka dengan sanad yang sahih.

Juga berdasarkan sebuah hadith sahih bahawa Rasulullah SAW:

كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا وَهُوَ صَائِمٌ ثُمَّ يَغْتَسِلُ

Maksudnya: Pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub sedangkan dia berpuasa lalu dia mandi. [al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab (6/378-347)]

Sumber:

  • Al Kafi (308), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: