The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Jika Menelan Makanan Ketika Azan Subuh

Penjelasan:

Perkara ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Kami cenderung kepada pendapat bahawa seseorang yang berpuasa itu hendaklah dia berhenti makan dan tidak menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sewaktu azan subuh berkumandang. Jika tetap menelannya, maka batallah puasanya.

Dalil:

Ini berdasarkan firman Allah:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.” (Surah al-Baqarah, 2:187)

Sumber:

  • Al Kafi (317), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: