The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Berkhayal Sehingga Terkeluar Mani Ketika Berpuasa

Penjelasan:

Puasa seseorang itu tidak batal kerana keluarnya air mani melalui mimpi, berfikir, dan melihat perkara yang bersyahwat, meskipun secara berulang, tidak membatalkan puasa kerana ketiadaan mubasyarah, yakni menyentuh langsung tanpa lapik. Walaupun begitu, mandi wajib tetap wajib dilakukan.

Sebaiknya dalam bulan puasa ini janganlah berfikir atau melihat yang tidak memberi manfaat, bahkan dosa-dosa merosakkan pahala puasa, dan sibukkanlah diri dengan amalan kebajikan yang dilipat gandakan pahalanya di bulan mulia ini.

Firman Allah Taala dalam sebuah hadith Qudsi:

الصَّوْمُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، فَالصَّوْمُ جُنَّةٌ

Maksudnya: “Puasa itu untuk Aku, dan Aku sendiri akan mengganjarinya, orang yang berpuasa itu meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku, maka puasa itu adalah perisai.” [Hadis riwayat Imam Ahmad (9112), Imam Bukhari (1894)]

Dalil:

Rujuk I’anah al-Talibin (2/256)

Sumber:

  • Al Kafi (309), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: