The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Tangguh Ganti (Qadha) Puasa Sehingga Sampai Ke Ramadhan Seterusnya

Penjelasan:

Mengqadhakan puasa merentasi tahun sehingga sampai kepada Ramadhan seterusnya tidak dibolehkan. Inilah yang dilakukan oleh generasi sahabat Radhiallahuanhum, mereka akan mengqadhakan puasa sebelum datangnya bulan puasa seterusnya.

Dengan sebab itu asas dalam mazhab kita menyatakan kalau ditangguhkan ke Ramadhan seterusnya, dia hendaklah membayar fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari di samping dia qadha’.

Persoalan; Adakah digandakan fidyah jika ditangguh bayar fidyah bertahun-tahun?

Pandangan yang masyhur dalam mazhab ialah digandakan juga fidyah manakala dalam pandangan lain menyatakan tidak perlu digandakan. Pembayaran fidyah dan penggandaan fidyah ini ialah taghliz (pemberatan) dan peringatan terhadap mereka yang memandang enteng terhadap ibadat puasa sehingga buat main-main atau tinggalkan begitu sahaja.

Wallahua’lam.

Sumber:

  • Al Kafi (298), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: