Hukum Menjual Anggota Badan

Penjelasan:
Ditegaskan bahawa menjual organ badan manusia hukumnya adalah haram di sisi Islam.
Dalil:
Ulama menakrifkan bahawa jual beli ialah tukar-menukar harta dalam keadaan redha meredhai. Tubuh badan manusia bukanlah harta sehingga boleh dimasukkan dalam urusan tukar-menukar atau tawar-menawar yang menjadikan jasad manusia sebagai barang perniagaan yang boleh dijual beli.
Sumber:
- Irsyad Al-Fatwa (64), Mufti Wilayah Persekutuan