The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Mengambil Wuduk di dalam Tandas

Penjelasan:

Perbuatan berwuduk di dalam tandas adalah dibolehkan. Perlu berhati-hati sekirana ditakuti najis yang terdapat di dalam tandas terpercik ke pakaian atau badannya. Sebaiknya diasingkan tempat wuduk dengan tandas sebagai keluar dari khilaf.

Dalil:

Rasulullah SAW apabila mandi junub, Baginda akan membasuh kedua tangannya (pergelangan tangan), berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian baginda mandi. Seterusnya baginda memasukkan jari-jari (menyela) ke rambut Baginda, sehinggalah Baginda merasakan bahawa kulit kepala baginda basah,

Baginda mencurahkan air ke atasnya sebanya tiga (3) kali. Kemudian Baginda membasuh keseluruhan badan Baginda. Kata Aisyah lagi, “Aku dahulu mandi bersama Rasulullah SAW dari bekas air yang sama.” [Riwayat Al-Bukhari (272)]

Sumber:

  • Al Kafi (708), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: