The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Ganti (Qadha) Puasa Kerana Was-Was

Penjelasan:

Ganti (qadha) puasa wajib dilakukan jika meninggalkan puasa secara sengaja atau melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ini berdasarkan perbuatan Aisyah yang diriwayatkan oleh Abu Salamah. Kata beliau:

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلاَّ فِي شَعْبَانَ ، الشُّغْلُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: ”Pernah ada puasa daripada bulan Ramadhan yang sepatutnya aku ganti. Aku tidak mampu untuk menqadha’nya kecuali pada bulan Sya’ban. Juga daripada (bersama) dengan Rasulullah saw.” [Riwayat Muslim (2657)]

Jika ragu-ragu atau was-was terhadap puasa yang telah dilakukan pada Ramadhan yang lepas, maka tidak perlulah diganti. Ini kerana ianya tetap sah.

Dalil:

Ini berdasarkan kaedah:

الأصل بقاء ما كان على ما كان

Maksudnya: ”Asal (bagi satu hukum) adalah mengekalkan sepertimana ia.”

Sumber:

  • Al Kafi (847), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: