The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Bulu Kucing Yang Tertanggal

 

Penjelasan:

Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh itu bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan kebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal.

Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Dalil:

“Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” [Sunan an-Nasa’I (339)]

Sumber:

  • Irsyad Al-Fatwa (82), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: