The Aqra

Dakwah Cara Mudah
Hukum Bayar Mas Kahwin Secara Hutang

Penjelasan:

Hukum membayar mas kahwin secara hutang adalah diharuskan berdasarkan persetujuan isteri. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan. Penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya.

Dalil:

Rasulullah SAW bersabda,

“Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

[Riwayat Al-Bukhari (1425)]

Sumber:

  • Al Kafi (747), Mufti Wilayah Persekutuan
%d bloggers like this: